Thursday, May 2, 2013

TIKET BAS HABIS NAK BALIK MENGUNDI

Adoyai, hari ini pada 2 mei 2013 aku ke stesen bas di jalan duta untuk beli tiket untuk malam esok  supaya dapat pulang ke Alor Star untuk mengundi pada Ahad 5 mei ni. Tapi apakan daya tiket malam esok dah habis debeli sudah. Yang tinggal tiket untuk siang esok, tu pun pukul 10.30 pagi. Nak taknak kena beli jugak la kerana semangat nak mengundi aku berkobar kobar dalam diri ni di samping nak balik jumpa mak dan ayah sekali. Dah la besok kena kerja lagi. Tapi, oleh kerana keikhlasan aku, aku bagitau jugak pada incharge aku yang aku dah beli tiket pagi esok nak balik aloq staq dengan ikhlas sepenuh hati. Alhamdulillah aku dapat pulang jugak ke aloq staq sebab incharge aku memahami aku. Dia pun faham kalau kurang 1 undi aku mungkin parti yang aku mahu menang akan kalah semasa pengumuman nanti. Itu yang mak bapak aku pesan sejak aku dah cukup umur 18 tahun lagi. Tapi umur aku sekarang tak perlu tahu la kot.
  Tadi adik laki aku ada we chat menyakan aku balik dengan apa esok sebab dia nak balik naik motor Versyss 650 dia tu. hampeh!!!aku dah beli tiket siot, tu pun mak aku cakap pada mulanya adik aku nak balik naik aeroplane. Aku abaikanlah nak naik aeroplane sebab nak pi sana agak jauh dari rumah aku lepas tu nak kena chek in pulak leceh betul la kan.. Ni tengah pikiaq esok nak follow naik moto ke dengan bas..tiket bas dah beli pulak tu. adooyaiii....

No comments:

Post a Comment