Thursday, May 2, 2013

TIKET BAS HABIS NAK BALIK MENGUNDI

Adoyai, hari ini pada 2 mei 2013 aku ke stesen bas di jalan duta untuk beli tiket untuk malam esok  supaya dapat pulang ke Alor Star untuk mengundi pada Ahad 5 mei ni. Tapi apakan daya tiket malam esok dah habis debeli sudah. Yang tinggal tiket untuk siang esok, tu pun pukul 10.30 pagi. Nak taknak kena beli jugak la kerana semangat nak mengundi aku berkobar kobar dalam diri ni di samping nak balik jumpa mak dan ayah sekali. Dah la besok kena kerja lagi. Tapi, oleh kerana keikhlasan aku, aku bagitau jugak pada incharge aku yang aku dah beli tiket pagi esok nak balik aloq staq dengan ikhlas sepenuh hati. Alhamdulillah aku dapat pulang jugak ke aloq staq sebab incharge aku memahami aku. Dia pun faham kalau kurang 1 undi aku mungkin parti yang aku mahu menang akan kalah semasa pengumuman nanti. Itu yang mak bapak aku pesan sejak aku dah cukup umur 18 tahun lagi. Tapi umur aku sekarang tak perlu tahu la kot.
  Tadi adik laki aku ada we chat menyakan aku balik dengan apa esok sebab dia nak balik naik motor Versyss 650 dia tu. hampeh!!!aku dah beli tiket siot, tu pun mak aku cakap pada mulanya adik aku nak balik naik aeroplane. Aku abaikanlah nak naik aeroplane sebab nak pi sana agak jauh dari rumah aku lepas tu nak kena chek in pulak leceh betul la kan.. Ni tengah pikiaq esok nak follow naik moto ke dengan bas..tiket bas dah beli pulak tu. adooyaiii....

Wednesday, May 1, 2013

CUN BEB..



CUN JUGAK MOTOR NI... Buat gua rasa lebih Lagend la beb





HARI NI TUKAR SPOCKET

Hari ni duit keluar lagi sebab kena tukar spocket spocket yang lama saiz 15x35. Kalau baru keluar kedai memang besau la iaitu 37x14(tak ngam langsung). Mana taknya,sakit motor kalau bawak long distance, kelajyan motor rasa macam tergantung saje. Tu yang aku tukar pada 15x35, bagi aku memang ok lah. Oleh kerana aku dah tukar clutch racing 6 spring, maka spocket 15x35 memang tak relevan dah la bagi motor aku. Oh lupa pulak, sebelum tu lagi aku dah tukar blok racing 61mm jenis faito. Alhamdulillah beliau tak beri masalah pada pemanduan aku walaupun aku travel jauh jauh tiap tiap hari. Sape la tak nak motor tu power kalu hari hari main hi way je kan???
 Melalut pulak, cerita pasal spocket tadi la kan, lepas je aku tukar, aku terus rempat dari rawang sampai kajang guna jalan kucing. Har ni cuti umum so kereta tak banyak, setakat 120km/j memang boleh dapat la dengan kuasa pickup dari clutch racing yang aku guna mungkin boleh pergi kebih lagi kalau aku main cucuk angin sana sini, tapi aku tak berani la kan..aku lebih takutkan allah. So,nanti aku update lagi la pasal moto aku sebab ni blog aku...haha. Sape yang sunggah bolehla join aku kat sini.

PENGALAMAN AKU MENGGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA 115z

Kini dah lebih tahun yang ke-2 aku menggunakan motor lagenda 115Z ni. Alhamdulillah dalam tempoh ni aku cuma pernah tukar tayar sebanyak 4 kali dah,haha..banyaknya, almaklumlah hari hari berulang pergi kerja tak kurang 120km pergi balik. Yang terbaru aku tukar clutch plate racing 6 spring tu pun sebab clutch aku ada masalah bila pulas minyak ketika berjalan rasanya seperti clutch habis. Kalau yang yang original pun hanya ada 2 plate je, berbeza dengan keluaran motor lain mempunyai 4 clutch plate. So far, dari segi pickup memang syok la, biasala barang racing la katakan. Entri terbaru aku akan update pasal spoket pulak...